NEVER LET THE FEAR OF STRIKING OUT, KEEP YOU FROM PLAYING THE GAME

Thursday, May 17, 2012

Dahlia Zaquan 3


"Anas, budak perempuan yang kau tegur kat blok B pagi tadi tu sape bro, mane kau kenal dia?" tanya Zaquan.

"ohh, tu Dahlia, dia budak MeDia jugak. Aku kenal die mase program 4K yang kite anjurkan mase Part 4 dulu. Mase tu die Part 1. Aku dengan Hana kene conduct budak-budak kelas dia masa aktiviti kebersihan, kitorang buat aktiviti tanam pokok, masa tu kau join handle budak-budak explorace," terang Anas.

"Ohh, kau ingat lagi budak tu. Program tu dah lepas 2 sem kan, sekarang kite dah Part 6 dah pun,dah last sem dah, lepas ni grad." kata Zaquan.

"Haha, program tu la, before aku mintak diorang tu kenalkan diri masing-masing, geng Amir datang, kau tau je la geng Amir tu, mesti nak kenakan budak-budak junior. Diorang ajak budak-budak tu main game. Macam game teka-teka jugak la. Before start game, Amir terang la cane nak main, pastu die terus start, budak-budak lain still tak faham tapi si Dahlia ni dapat teka, so, Amir tanya la dah pernah main game ni ke. Dia jawab, ni baru first time.Amir pun proceed game lain sebab dia tak dapat nak kenakan budak-budak tu  sebab Dahlia ni dah tau dah jawapannya, tak syok la kan nak kenakan orang yang dah tau, tapi game lain pun sama, sekali je Amir ajar, pastu masa main Dahlia dapat teka, Amir pun stop game, nak blah sebab plan nak kenakan budak junior tak menjadi. Sebab si Dahlia tu lah. Lepas Amir and the gang dah blah, baru aku suruh diorang kenalkan diri." terang Anas panjang lebar.

"Sebab tu je?" tanya Zaquan lagi.

"Haha, aku suruh budak-budak tu yang pilih siapa yang diorang nak suruh perkenalkan diri kepada aku dengan Hana kat depan, masa kawan Dahlia sebut je nama Dahlia, budak ni terus  bangun pastu pegi depan. Before dia start introduce diri dia, aku bisik la dekat Hana, aku cakap 'budak ni cepat pick up doe, kau nampak tak masa main game tadi', pastu dia mencelah 'abang cakap apa', terkejut jugak aku, selamba je dia tegur aku, kalau budak-budak lain diorang diam je," terang Anas lagi sedikit ketawa.

"Yelah, dah kau kacau line dia masa dia nak kenalkan diri. Dia tengok kau cakap dengan Hana,dia ingat kau tak nak dengar dia kenalkan diri lah.haha" balas Zaquan.

"Haha. tapi dia memang selamba la, kau perasaan tak tadi masa aku tegur dia, aku yang gelabah tapi die selamba je." kata Anas. 

"Itulah aku tengok pun muka dia selamba je, eh tapi she's kinda cute. Kau dapat phone number dia tak?" tanya Zaquan dengan penuh minat.

"Eh,engkau ni, aku teringat masa Program 4K tu masa dia lintas depan kita nak masuk toilet. aku tarik kau masa tu sebab nak make sure itu dia, takut salah orang, bile aku confirm aku tegur lah, tu je bro," balas Anas.

"Eleh, before-before ni takde pulak kau nak tegur-tegur orang lain kalau dah habis program, tapi si budak ni kau tegur pulak, bukan setakat tegur siap berkenalan lagi." usik Zaquan.

"Banyak lah kau. Awek aku, Diyana tu aku nak campak mana?" Anas membalas tidak mahu mengalah.

"Haha, eh, aku lupa pulak pasal Yana. Dah lah, aku nak mandi, kau nak join aku tak pegi makan lepas ni? Ke ada date dengan mata air?" tanya Zaquan mengusik lagi.

"Aku join lah, minggu ni dia busy." balas Anas.

*****