"A'ah kan, sekejap je dah sebulan.Aku rase mcm baru semalam aku daftar sem 3, 2 minggu lagi kuiz semua nak buat time tu jugak.adoyaii," balas Sarah menyambung perbualan.
"Eleh kau Sarah, kau nak takut apa, kau tu confirm2 4 flat," aku mengusik.
"Amboi kau Dahlia, kalau tak baca buku, tak buat latihan, kejadahnya nak dapat 4flat. Kau tu pon lebih kurang je," balas Sarah tidak mahu mengalah.
"Hah, sampai pon kelas ni ha. Kelas ni pon tak boleh nak tinggi lagi ke, dah sem 3 pon nak letak kite kat tingkat tinggi-tinggi lagi.huissh, ponek den naek tanggo," keluh Sufi dengan loghat negeri sembilannya.
"Uitm ni memang, nasib baik tak bagi kita kelas atas bukit sana tu, tak sanggup aku nak mendaki lagi. Cukuplah sem lepas dah mendaki banyak kali," komen Sarah pula.
"Haha, kalau dapat kelas kat atas bukit tu, aku confirm mesti ramai nak ponteng kelas, lagi-lagi kalau hujan. Eh, aku nak pegi toilet kejap" balasku sambil meletakkan beg dan terus menuju ke toilet.
Memandangkan kelas aku berada di hujung sini dan toilet berada di hujung sana, terpaksa lah aku berjalan agak jauh sedikit dan melintas kelas-kelas yang ada disitu. Sudah menjadi tabiatku, kalau lalu di kelas-kelas, aku mesti memandang ke dalam kelas itu, melihat apa yang sedang pelajar-pelajar lakukan di belakang sedangkan pensyarah sedang mengajar di hadapan. ada yang tidur, bermain dengan telefon bimbit mahal mereka, ada jugak yang fokus dengan pensyarah di depan. Dalam hatiku, 'lebih kurang je aku pon' kemudian tersenyum sendirian.
Apabila hampir sampai di toilet, aku melihat ada beberapa orang pelajar lelaki bersandar berdekatan toilet itu,
Senior..Ya. Memang senior, aku familiar dengan muka dua orang daripada mereka.
"Ah, sudah..cane aku nak lalu ni.. diorang 3 orang je dah tutup laluan nak pegi toilet" kataku dalam hati.
Semakin aku menghampiri, tiba-tibe salah seorang senior tersebut menarik kawannya untuk memberi laluan kepadaku..
"fuhh, nasib baik" hatiku terus berbicara. Aku hanya mampu senyum tanda terima kasih kepada senior itu kerana memberi laluan kepadaku..Cepat-cepat aku masuk ke toilet kerana sudah tidak mampu lagi aku tahan..
Setelah selesai melepaskan hajat, aku segera keluar.
" Mak aiii..tak blah-blah lagi..kejadahnya diorang buat kat sini, jaga toilet ke apa".
aku pon berjalan melepasi mereka.
Tiba-tiba, ada suara menegur di belakang. aku pon menoleh.
"Awak, part berapa?" tanya salah seorang senior itu.
"Part 3" jawabku ringkas.
"ohh, masa part 1 dulu ada join tak aktiviti 4K MeDia?" dia bertanya lagi.
"Ada ada" aku jawab. Muka memang selambe tapi dalam hati tuhan sahaja yang tahu. Mana taknya, belakang senior yang tanya aku mcm-mcm ni, ade pulak mamat muka handsome tinggi putih yang aku jumpa setiap hari Isnin pukul 12.30 ni. "Takpe-takpe, Cool Dahlia, cool" hatiku mula berkata-kata.
*****
"Ok kelas, minggu depan saya akan buat kuiz, chapter 1 je la, chapter 2 tak habis lagi saya ajar." Madam Amira membuat pengumuman sebelum beliau menamatkan kelas pada hari itu.
" Hmm, Madam Amira, hari ape Madam?" tanya Kamil merangkap class rep kami.
"Mcm hari ni lah, hari Khamis, boleh? Ada seminggu lagi." jawab Madam Amira.
"Boleh boleh" kami ramai-ramai menjawab.
*****