NEVER LET THE FEAR OF STRIKING OUT, KEEP YOU FROM PLAYING THE GAME

Tuesday, May 15, 2012

Dahlia Zaquan 1


Hari ini bermulalah perjalanan hidupku sebagai seorang pelajar semester 3 di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Diploma Perakaunan. Seperti semester yang sebelumnya,aku dan teman-temanku akan ke kafe dahulu untuk mengisi perut masing-masing sebelum melangkah menuju ke kelas memulakan sesi pembelajaran. Setelah masing-masing berasa diri sudah kenyang, kami sepakat untuk meninggalkan kafe itu.

"Ahhh ! alamak, habis basah baju aku !" nadaku sedikit marah.

"ohh, sorry sorry, saya tak sengaja," luah pelajar itu. Seorang pelajar lelaki yang agak tinggi.

" Hmm, tak apa2," balasku. 'nasib baik kau good looking, sejuk sikit hati, getus hatiku.

Kami pun bergerak ke kelas sambil aku ambil tisu membersihkan bajuku yang basah terkena tumpahan air minuman budak lelaki itu.

*****

"Dahlia, jom makan?" ajak Sarah, salah seorang teman kelasku merangkap teman bilikku.

Kebiasaannya, kami akan ke gerai-gerai yang berhampiran untuk makan tengah hari setelah tamat kelas untuk sesi itu.

"Hmm, jom, tapi aku tak makan kot, aku order air je,aku teman korang dua orang makan" balasku.

"Laa, kenape pulak? hari ni baru hari first, kau dah tak nak makan dah? Kalau nak diet pun tunggu la hari second ke third ke" kata Sufi.

"Betul ni kau tak nak makan? nanti sakit perut jangan nak mengada-ngada dengan aku kat bilik nanti" kata Sarah mengingatkanku sambil ketawa.

"Ye, betul. aku tak nak makan. Nanti kalau aku sakit perut aku tak mengadu kat kau lah, Jangan risau." balasku.


Sedang kami bertiga berjalan beriringan, tiba-tiba Sarah menepuk bahu aku berkali-kali.
"Dahlia, itu itu, kau nampak tak tu?!"

"Apa kau ni itu itu. Cakap biar terang, baru orang faham"balasku.

"Tuuuuuuuuuu. kau nampak tak tu? Hero pujaan hati kau tuuuuuu." sambil menuding jari telunjuknye ke arah tuan punya badan yang dikatakan.

" Uiishh, kau ni. Jangan lah tunjuk-tunjuk. Nanti kalau dia perasaan kau tunjuk-tunjuk dia, malulah aku. Nasib baik dia dalam kelas. Obvious betul lah."

"Eh, apsal pulak nak malu. mane lah tau kan kot-kot sebab aku tunjuk tu terus die pun minat kat kau." usik Sarah.

"Kau jangan nak merepeklah Sarah, muka handsome, tinggi putih cenggitu, takkan lah takde makwe kot" kataku.

"Hello, cik Dahlia, kau pun apa kurangnye, kau comel, pandai pun pandai, kurus tu biase-biase je lah, hmm, tapi satu je kau kurang." Sufi mencelah.

"Ape yang aku kurang?" tanyaku ingin tahu.

Sambil ketawa mereka kata kepadaku "Kau KURANG TINGGI !!! HAHAHAHA."
"Hahahaaa, kurang asam ye korang ! ye ye, aku sedar kekerdilan diri ini. Dah dah, jom pegi makan. Kalau bab mengenakan aku, korang memang nombor satu kannn.."

"Hah! so, lepas ni, kite dah tau lah, kalau hari isnin pukul 12.30 mamat tu ada kelas kat sini. Kite lalu lah sini every monday, boleh kau usha die," kate Sufi sambil memandangku.

"Haaahahahahaaa....bagus idea kau tu Sufi,untunglah orang tuuuu," balas Sarah sambil kami meneruskan perjalanan untuk makan tengah hari.

*****