NEVER LET THE FEAR OF STRIKING OUT, KEEP YOU FROM PLAYING THE GAME

Monday, June 4, 2012

Dahlia Zaquan 7

"Dahlia, tengah hari nanti saya nak awak jangan pergi mana-mana ye. Saya ada hal nak bincang dengan awak." kata bosku.

"Hmm, baik  bos." balasku. Entah apa la yang hendak dia bincangkan denganku. Tak cukupkah menemu ramah aku di dalam biliknya tadi. berbagai-bagai persoalan bermain di dalam fikiranku.

"Ha, cane tadi? ok? Tulah kitorang dah bagitau dah yang bos tu baik, awak yang cuak terlebih. Eh, tapi kenapa bos nak jumpa awak lagi tengah hari ni, tadi dah interview kan?" tanya  Ayu.

"Haha, a'ah. bos tu ok je. Hmm, saya  tak tau la kenapa. Ada hal pejabat kot." aku menjawab sambil meneruskan kerjaku yang tergendala sebentar tadi.

"Hmm, tapi.... bos tu bukan jenis yang suruh orang buat kerja kalau mase tu waktu rehat, kalau tengah waktu rehat semua orang kena pergi makan, dia tak nak pekerja-pekerja dia sakit. Hmm, pelik ni," Ayu berkata-kata.

"Biar lah bos tu cik Ayu oii, yang kau sibuk jaga tepi kain bos tu pehal? dah dah pergi sambung kerja kau, gosip je keje," dari jauh Fitri mencelah.

Pekerja-pekerja lain ketawa melihat gelagat Fitri yang selalu suka mengusik Ayu.

*****

Jam sudah menunjukkan pukul 10.05 pagi. Semua orang telah pergi ke kantin di tingkat satu untuk minum pagi. Kini,di pejabat ini hanya tinggal aku dan dia.

"Jom, Dahlia." satu suara memanggilku.

"Tapi nak pergi mana ni?" aku bertanya masih lagi keliru.

"Ikut je." balasnya. Aku terlihat dia mengambil kunci keretanya sambil menuju ke pintu luar pejabat. Ah, sudah, mana la dia nak bawa aku ni.

Dalam kereta, aku hanya diam seribu bahasa. tak tahu apa yang harus aku katakan di saat itu.

"Dah lama kita tak jumpa kan? Lepas abang Anas grad diploma dulu, abang sambung degree, masa tu Dahlia diploma lagi kan," tanya Abang Anas. Dia yang dulu aku kenal semasa aku part 3 kini menjadi bos di tempat aku bekerja.
"A'ah," balasku ringkas.

"Haha, last kita jumpa masa game sudoku tu, lepas tu langsung dah tak terserempak dah kan?" dia bertanya lagi.

"Hmm," aku tak tahu apa yang harusku balas. Aku hanya membisu.

"Ok, kita dah sampai dah." Abang Anas bersuara lagi sambil dia membetulkan kedudukan keretanya di tempat letak kereta.

Aku lihat ada sebuah restoran yang besar di hadapanku kini. Aku tidak pernah sampai di restoran yang boleh aku katakan sebagai restoran mewah ini walaupun aku sendiri tinggal di Kuala Lumpur.

"Hmm, Dahlia nak minum apa?" dia bertanya lagi.

"Hmm, bagi saya Fresh Orange je lah." aku menjawab.

"Makan?"

"Saya ikut apa yang ....emm, saya ikut je la." aku tergagap-gagap. sebenarnya aku tak tahu ingin bahasakan dirinya sebagai apa. Abang Anas seperti masa aku diploma dulu, atau aku perlu panggil dia bos kerana dia kini adalah bosku. Ah, serabut fikiranku.

"Ada masalah ke?" dia bertanya lagi.

"Haaaa.....tak de. emm, sebenarnya ada," jawabku.

"Haha, mana satu ni? Relax lah..abang Anas tengok Dahlia dah tak macam dulu. Dahlia yang dulu selamba je, tak peduli apa-apa, tapi hari ni, lain gila, macam takut-takut," dia berkata.

"Hmm, sebenarnya saya terkejut bila dapat tau orang yang kat depan saya sekarang ni adalah bos saya. So. sekarang ni saya tak tahu nak panggil bos  ataupun nak panggil abang Anas, sebab kalau saya panggil abang Anas, nanti apa pulak kata diorang kat office nanti, tapi kalau panggil bos, saya rasa macam awkward gila ! rasa nak gelak pun ada jugak, hehe" terangku panjang lebar sedikit ketawa.

"Ohh, haha..ingatkan apa lah tadi..kalau macam tu, kat luar panggil abang Anas, tapi kalau kat office panggil bos,ok?" abang Anas memberi idea.

"Haa...ok lah kalau macam tu," balasku.

"Assalamualaikum," tiba-tiba datang suatu suara dari arah belakang. Garau. Itu tandanya seorang lelaki.

"Waalaikumussalam.. Ha, datang pun kau, ingat tak datang tadi." balas abang Anas.

"Apsal kau call aku ni, ape yang surprise nye?" lelaki itu bertanya kepada abang Anas tanpa memandangku sedikit pun. Aku seperti tidak wujud di situ.

"Haha, ni ha, kau kenal tak dia ni?" perkataan yang keluar dari mulut abang Anas itu membuatkan aku terpinga-pinga.

Kami saling berpandangan. Berdebar-debar. 

*****