"Kenapa Dahlia diam je?" tanya Abang Anas.
"Ah, tak de apa-apa. Diam je lah, dah tak de ape nak kata." balasku sambil tersenyum.
Hakikatnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaanku ketika itu. Bercampur-baur. Terkejut. Segan. Suka. Semuanya ada. Tak dapat nak diungkap dengan kata-kata.
*****
Hari ini aku bersiap untuk ke tempat kerjaku seperti biasa. Pejam celik pejam celik sudah hampir sebulan aku bekerja di situ. Terasa seperti baru semalam aku mohon kerja di sana dan seperti baru semalam aku makan semeja dengan seseorang yang sangat aku admire dalam diam sejak sekian lama. Hari pertama aku bekerja itu merupakan hari pertama aku melihatnya kembali setelah hampir beberapa tahun dia tidak muncul dalam hidupku. Sungguh aku tak sangka akan bertemu dengannya kembali dengan cara ini. Kecilnya dunia.
Sesampainya aku di tempat kerja, segera aku membuka komputer untuk meneruskan kerjaku yang tergendala semalam.
"Awalnya start kerja cik Dahlia oii, baru sampai terus menghadap komputer, jomlah minum dulu" ajak Ayu dan Kak Su.
"Hmm, tak apa lah Ayu, saya kena siapkan cepat kerja ni sebab bos nak pukul 10 nanti. Lagipun saya dah minum dah kat rumah tadi," jawabku menolak pelawaan mereka.
"Kalau macam tu kitorang gerak dulu lah ye." kata Kak Su.
Aku hanya tersenyum. Sedang aku bertungkus-lumus menyiapkan kerjaku, tiba-tiba kedengaran ringtone lagu Yang Terindah nyanyian Dakmie sound track untuk cerita Adamaya di telefon bimbitku. Aku segera menggeledah beg tangan Carlo Rino yang terletak bersebelahan tempat dudukku.
'Ni siapa pulak yang call aku ni, private number pulak pepagi ni. Nak angkat ke tak, nak angkat ke tak. Ah, angkat jelah' gumam hatiku.
"Hello, Assalamualaikum, siapa ni?" aku memulakan perbualan.
"Hmm, Walaikumussalam. Dahlia, boleh kita jumpa lunch nanti?"kedengaran suara seseorang di hujung talian.
' Ish, siapa pulak ni, perkenalkan diri pun tidak tiba-tiba nak ajak jumpa pulak.' getus hatiku. Dahiku mula berkerut, otakku mula ligat berfikir.
"Hmm, sorry. Boleh saya tahu siapa yang bercakap? Kalau nak jumpa, saya kena tahu dulu siapa tuan punya badan yang sedang bercakap ni." balasku tidak menjawab soalannya. Aku perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan untuk berjumpa dengan orang ini. Maklumlah, sekarang jenayah semakin menjadi-jadi.
"Kalau Dahlia nak tahu siapa saya, datanglah ke Restoran D'Selera lunch time nanti. Masa tu Dahlia akan tahu siapa saya. Saya harap sangat Dahlia boleh datang. Saya nak sangat jumpa Dahlia. I've never expect that I can meet you again, Dahlia. I really hope you can make it. Assalamualaikum." bersungguh-sungguh seseorang itu meminta aku untuk bertemu dengannya di Restoran D'Selera yang tidak jauh dari pejabatku.
Aku tertanya-tanya siapakah yang menelefonku pagi itu. Sungguh, aku betul-betul tidak tahu. Mungkinkah kawan sekolahku? Atau mungkin kawan sewaktu aku di Universiti. Ah, aku buntu.
Kerja yang sepatutnya aku siapkan tergendala lagi. Pukul 9.15. Jam menunjukkan pukul 9.15 pagi. Dalam masa 45 minit lagi, aku perlu hantar kerja ini ke dalam bilik bos, tapi batang hidung bos pun aku tak nampak.
Mungkinkah yang telefon aku pagi tadi tu bos. Tak mungkin. Tak mungkin. Tapi siapa?
*****