NEVER LET THE FEAR OF STRIKING OUT, KEEP YOU FROM PLAYING THE GAME

Monday, June 4, 2012

Dahlia Zaquan 7

"Dahlia, tengah hari nanti saya nak awak jangan pergi mana-mana ye. Saya ada hal nak bincang dengan awak." kata bosku.

"Hmm, baik  bos." balasku. Entah apa la yang hendak dia bincangkan denganku. Tak cukupkah menemu ramah aku di dalam biliknya tadi. berbagai-bagai persoalan bermain di dalam fikiranku.

"Ha, cane tadi? ok? Tulah kitorang dah bagitau dah yang bos tu baik, awak yang cuak terlebih. Eh, tapi kenapa bos nak jumpa awak lagi tengah hari ni, tadi dah interview kan?" tanya  Ayu.

"Haha, a'ah. bos tu ok je. Hmm, saya  tak tau la kenapa. Ada hal pejabat kot." aku menjawab sambil meneruskan kerjaku yang tergendala sebentar tadi.

"Hmm, tapi.... bos tu bukan jenis yang suruh orang buat kerja kalau mase tu waktu rehat, kalau tengah waktu rehat semua orang kena pergi makan, dia tak nak pekerja-pekerja dia sakit. Hmm, pelik ni," Ayu berkata-kata.

"Biar lah bos tu cik Ayu oii, yang kau sibuk jaga tepi kain bos tu pehal? dah dah pergi sambung kerja kau, gosip je keje," dari jauh Fitri mencelah.

Pekerja-pekerja lain ketawa melihat gelagat Fitri yang selalu suka mengusik Ayu.

*****

Jam sudah menunjukkan pukul 10.05 pagi. Semua orang telah pergi ke kantin di tingkat satu untuk minum pagi. Kini,di pejabat ini hanya tinggal aku dan dia.

"Jom, Dahlia." satu suara memanggilku.

"Tapi nak pergi mana ni?" aku bertanya masih lagi keliru.

"Ikut je." balasnya. Aku terlihat dia mengambil kunci keretanya sambil menuju ke pintu luar pejabat. Ah, sudah, mana la dia nak bawa aku ni.

Dalam kereta, aku hanya diam seribu bahasa. tak tahu apa yang harus aku katakan di saat itu.

"Dah lama kita tak jumpa kan? Lepas abang Anas grad diploma dulu, abang sambung degree, masa tu Dahlia diploma lagi kan," tanya Abang Anas. Dia yang dulu aku kenal semasa aku part 3 kini menjadi bos di tempat aku bekerja.
"A'ah," balasku ringkas.

"Haha, last kita jumpa masa game sudoku tu, lepas tu langsung dah tak terserempak dah kan?" dia bertanya lagi.

"Hmm," aku tak tahu apa yang harusku balas. Aku hanya membisu.

"Ok, kita dah sampai dah." Abang Anas bersuara lagi sambil dia membetulkan kedudukan keretanya di tempat letak kereta.

Aku lihat ada sebuah restoran yang besar di hadapanku kini. Aku tidak pernah sampai di restoran yang boleh aku katakan sebagai restoran mewah ini walaupun aku sendiri tinggal di Kuala Lumpur.

"Hmm, Dahlia nak minum apa?" dia bertanya lagi.

"Hmm, bagi saya Fresh Orange je lah." aku menjawab.

"Makan?"

"Saya ikut apa yang ....emm, saya ikut je la." aku tergagap-gagap. sebenarnya aku tak tahu ingin bahasakan dirinya sebagai apa. Abang Anas seperti masa aku diploma dulu, atau aku perlu panggil dia bos kerana dia kini adalah bosku. Ah, serabut fikiranku.

"Ada masalah ke?" dia bertanya lagi.

"Haaaa.....tak de. emm, sebenarnya ada," jawabku.

"Haha, mana satu ni? Relax lah..abang Anas tengok Dahlia dah tak macam dulu. Dahlia yang dulu selamba je, tak peduli apa-apa, tapi hari ni, lain gila, macam takut-takut," dia berkata.

"Hmm, sebenarnya saya terkejut bila dapat tau orang yang kat depan saya sekarang ni adalah bos saya. So. sekarang ni saya tak tahu nak panggil bos  ataupun nak panggil abang Anas, sebab kalau saya panggil abang Anas, nanti apa pulak kata diorang kat office nanti, tapi kalau panggil bos, saya rasa macam awkward gila ! rasa nak gelak pun ada jugak, hehe" terangku panjang lebar sedikit ketawa.

"Ohh, haha..ingatkan apa lah tadi..kalau macam tu, kat luar panggil abang Anas, tapi kalau kat office panggil bos,ok?" abang Anas memberi idea.

"Haa...ok lah kalau macam tu," balasku.

"Assalamualaikum," tiba-tiba datang suatu suara dari arah belakang. Garau. Itu tandanya seorang lelaki.

"Waalaikumussalam.. Ha, datang pun kau, ingat tak datang tadi." balas abang Anas.

"Apsal kau call aku ni, ape yang surprise nye?" lelaki itu bertanya kepada abang Anas tanpa memandangku sedikit pun. Aku seperti tidak wujud di situ.

"Haha, ni ha, kau kenal tak dia ni?" perkataan yang keluar dari mulut abang Anas itu membuatkan aku terpinga-pinga.

Kami saling berpandangan. Berdebar-debar. 

*****


Thursday, May 31, 2012

Dahlia Zaquan 6

Kejadian yang berlaku sepanjang aku Part 3 semasa diploma dulu memang sesuatu yang tidak dapat aku lupakan hingga hari ini. Hari ini merupakan hari pertama aku akan memulakan hidupku sebagai seorang kakitangan swasta. Akhirnya tiba juga hari yang ditunggu-tunggu. Segera aku memakai baju kurung berwarna biru muda dan aku kenakan tudung yang sesuai dan segera mengambil beg dan kunci kereta di atas meja. Sebelum aku bergerak ke tempat kerja, aku bersalaman dahulu dengan ibu dan bapaku. Sudah menjadi kebiasaanku mencium tangan mereka sebelum aku keluar ke mana-mana.

"Assalamualaikum," aku memberi salam kepada saudari yang berada di kaunter di hadapan pintu masuk.

"Waalaikumusalam, ada apa cik?" tanya saudari itu.

"Emm, saya Dahlia. Hari ni hari first saya berkerja di sini." jawabku dengan agak skema.

"Oh, ya ya, bos ada beritahu saya. Sebentar ya cik Dahlia. Cik duduk lah dulu," pelawa saudari itu.

Aku pun duduk di sofa yang tersedia di situ sambil mengambil majalah yang tersusun kemas di atas meja.
Baru sahaja aku hendak menyelak majalah itu ke halaman pertama, saudari itu memanggilku.

'iskh, baik tak payah suruh duduk, baru nak selak dah panggil..haish sabar Dahlia sabar' getus hati kecilku ini.

"Cik Dahlia, mari saya tunjukkan tempat cik, silakan ikut saya," saudari itu berkata. Aku membiarkan saudari itu berjalan mendahuluiku dan aku mengikutinya dari belakang.

"Cik Dahlia, ini meja cik. Mulai sekarang Cik Dahlia sudah boleh mula bekerja. Kalau ada apa-apa, bagitahu saya. Oh ya, minggu ini bos takde, dia ada mesyuarat di luar. Hmm, ok lah, selamat bekerja," kata saudari itu.

Aku pun duduk di kerusi itu. Terasa sangat kekok apabila banyak mata yang memandangku. Aku teringat kata-kata abangku, memang menjadi kebiasaan apabila ada pekerja baru yang baru mula bekerja, semua mata akan memandang ke arah pekerja baru itu. Tiba-tiba ada suatu suara yang menegurku.

"Awak pekerja baru kat sini eh? Hai,saya Ayu, awak?" tanya perempuan yang aku agak lebih kurang je umurnya dengan aku.

"Hmm, hai saya Dahlia. Nak tanya sikit boleh? kenapa semua orang tengok saya ni? saya rasa kekok lah." luahku.

"Haha, kat sini memang macam tu. Kalau ada pekerja yang baru mesti akan lalui bende yang sama. Sebenarnya kitorang kat sini memang rapat. Setiap kali ada yang baru kitorang akan adakan sesi berkenalan. Jom saya kenalkan awak dengan mereka, tapi bos minggu ni takde, lain kali je lah saya kenalkan." terang Ayu panjang lebar.

Hari pertama aku bekerja tidaklah seteruk yang disangka. Rakan-rakan sekerjaku semuanya ramah-ramah belaka. Masing-masing dengan sikap yang berlainan. Walaupun aku baru mula bekerja pada hari ini, aku berasa seperti sudah rapat dengan mereka. Keadaan itu membuatku berasa bertambah bersemangat untuk bekerja di situ.

*****

Sudah seminggu aku bekerja di sini, tetapi aku masih lagi tidak mempunyai peluang untuk berjumpa dengan bosku. Aku diberitahu oleh Kak Suraya iaitu kakak yang menjaga kaunter di hadapan pintu masuk itu bahawa bos out station selama seminggu. Dan sebab itu lah aku masih belum berkesempatan untuk bertentang mata dengan beliau. Malah, namanya juga aku tidak tahu. Nak buat macam mana, tiada seorang pun yang bercerita mengenai bos di hadapanku.

*****

Aku mendapat tahu yang bos sudah pulang dari out station. Beliau akan datang ke pejabat pada hari ini. Ini bermakna aku akan dapat berjumpa dengan bosku pada hari ini. Akhirnya. Dan tiba-tiba, aku rasa sangat berdebar untuk bertemu dengan beliau. Lelaki ke perempuan? Kurus ke gemuk? Tinggi ke rendah? Putih ke hitam? Macam macam persoalan yang bermain di kotak fikiranku ini.

"Selamat pagi bos." para pekerja bersuara.

Disebabkan meja aku membelakangkan pintu masuk, aku tidak perasaan bos lalu ketika itu. Aku hanya sempat melihat susuk tubuh bosku dari arah belakangnya sahaja. Tak sempat nak lihat rupanya. Lelaki. Bosku seorang lelaki.Tinggi, kurus dan berkulit agak cerah. Aku bertambah berdebar apabila mengetahui bosku seorang lelaki. Aku seorang yang susah bekerja dengan lelaki. Nampaknya aku perlu membuang jauh-jauh sikap itu dan mencuba sehabis mungkin untuk menjadi profesional.

"Dahlia, bos panggil masuk. Dia kata dia nak jumpa pekerja baru." kata-kata Kak Suraya menyedarkan aku dari lamunan.

Perasaan berdebar membuak-buak apabila aku mendengar apa yang dikatakan Kak Suraya.

"Kak Su, saya takutlah," luahku sambil memegang tangannya.

"Apa nak takut. Jangan risau, bos tu baik. Dia tak makan orang." balas Kak Suraya sedikit ketawa.

'Memanglah tak makan orang, dia tu manusia. Kalau dia makan orang memang takde orang nak kerja kat sini' kataku dalam hati.

"Apa tunggu lagi, pergilah Dahlia. Encik Bos tengah tunggu tu. Awak chill je. Bos tu ok. Chaiyok chaiyok" Ayu memberi semangat.

Tuk tuk. Aku mengetuk pintu sebelum masuk. Itulah yang biasa aku lihat di kaca televisyen apabila pekerja ingin masuk ke bilik bos mereka. aku buat apa yang terlintas di fikiranku pada waktu itu.

"Masuk," kedengaran suara yang agak garau dari dalam bilik itu.

Aku membuka pintu sambil mulutku beristighfar. Aku masih lagi berdebar. Entah apa yang aku takutkan sangat aku pun tak tahu.

Saat aku melangkah masuk ke bilik itu, kami sama-sama tergamam. Baik aku yang sedang berdebar ni mahupun orang yang sedang duduk di kerusi itu.

*****

Tuesday, May 22, 2012

Dahlia Zaquan 5

"Eh Dahlia, kau dah daftar ke belum pertandingan sudoku tu?" tanya Sufi

"Ohh, a'ah lah..aku tak daftar lagi. Semalam aku ingat lepas makan malam aku nak mesej urusetia tu, tapi aku lupa. Takpe, malam ni lah aku daftar. Due date daftar lambat lagi kan, hari Khamis. Hari ni baru hari Selasa, sempat lagi," balasku.

"Ye lah, aku pun terlupa nak ingatkan kau semalam. Sorry lah," Sarah mencelah meminta maaf.

Sedang kami berjalan sambil bersembang menuju ke Blok B,
"Dahlia," sesorang menegurku dari arah hadapan.

Aku, Sufi dan Sarah sedikit terkejut melihat tuan punya badan yang menegur itu.
'Macam mana aku boleh tak perasan diorang ni ada kat depan' kataku dalam hati.
"Eh, Abang Anas, hai." balasku masih lagi terkejut.

"Semalam abang Anas nampak awak berdiri dekat papan notis dekat library, nampak gaya awak macam seronok je, ada apa kat situ?" tanya Anas.

"Oh, ada notis pasal pertandingan sudoku. Fakulti Pengurusan Perniagaan yang anjurkan." balasku.

"Oh yeke, abang Anas pun minat main sudoku ni tapi dah lama tak main, mungkin dah slow sikit. Tapi bila pertandingan tu?" terang Anas.

"Abang Anas minat jugak? Habis tu tak nak join pertandingan tu ke? oh, pertandingan tu hari ahad ni." tanyaku dengan penuh minat apabila mengetahui senior itu juga meminati sudoku sepertiku.

"Hmm, Ahad ni. ok juga. nak masuk lah. saja nak try. Ada ambil tak number phone urusetia tu? Kalau ada, boleh send kat abang tak?"tanya Anas lagi.

"ha, ada ada. kejap ea. bagi nombor abang Anas, saya nak send," kataku sambil mengeluarkan telefon bimbitku dan mencari nombor urusetia itu.
"Ok, dah send dah,"

"Ok, thanks. Hmm, Oklah, thanks again for the info. Kitorang gerak dulu, ada kelas kejap lagi, bye" balas Anas.

"Ok bye" balas kami bertiga.

"Ehem ehem, aku tengah pelik ni, macam mana kau boleh kenal dengan senior tadi tu, dan yang paling bestnya, senior yang kau kenal tu kawan dengan si Zaquan yang kau minat tu. Isk pelik ni." kata Sarah.

"A'ah lah, weh Dahlia, tak nak story mory dengan kitorang ke? Macam ni lah kawan kan," celah Sufi.

"Haha, ok ok aku cerita, tapi sekarang ni kita masuk kelas dulu, lepas tu baru aku cerita." balasku.

*****

"Anas,pertandingan sudoku tu esok kan? tanya Zaquan.

"A'ah, kenapa? kau dah tak sabar nak jumpa si Dahlia tu ke?" usik Anas.

"Haha, mana ada bro, aku saja nak confirm je, aku ingat kau main-main je nak join sudoku tu, kau kata kau dah slow sikit main bende tu." balas Zaquan.

"Slow-slow pon masuk je, saja nak try, buat bende baru, haha," terang Anas.

*****