NEVER LET THE FEAR OF STRIKING OUT, KEEP YOU FROM PLAYING THE GAME

Friday, June 7, 2013

nothing more than a little of hope


About 27 hours left before I have to leave my home sweet home to go back to Lendu. I have no expectation towards this up coming semester. My cousin once said that high expectation will bring you to a big disappointment.Yes, I totally agree with that. Don't you?

I told my mother that I am not in the mood to go back to Lendu continue my 5th semester. i never feel this way before, but there is no reason, I just don't have that feeling right now. The feeling like I always feel whenever it comes to study. The feeling when I meet my friends on the first day of new semester.

I have a mix feeling to go back to Lendu. I am  more looking forward to finish my 5th semester although it is not even start yet. Hope this semester is better than the previous semester. May Allah ease everything through out the semester.

=') 

Sunday, March 17, 2013

Ujian


Ujian merupakan pentas bicara dan didikan Tuhan.
merupakan graf jatuh bangun sebuah kehidupan
dan yang pasti..
semua akan melaluinya.

Ujian itu.
Mungkin itu cara Allah menyatakan bahawa diri kita terlalu bergantung pada dunia.

Atau mungkin, itu cara Allah mengingatkan kita, agar jangan terlalu bergantung harap pada dunia.

Atau mungkin, itu cara Allah memberitahu kita bahawa sudah tiba masanya kita kembali kepada Dia
kerana kita sudah lama melupakan Dia.

Mungkin, Allah rindu kita.
terlalu rindukan kita.






=)

Sunday, November 4, 2012

Dahlia Zaquan 9


Jam di tanganku menunjukkan sudah pukul 12.45 tengah hari, menandakan sudah tiba waktu yang ditunggu-tunggu semua pekerja untuk mengisi perut mereka. Ramai yang sudah mengangkat kaki bergerak ke tempat makan berhampiran.

"Dahlia, jom pegi makan, tempat biasa." ajak Ayu.

"Hmm, tak apa lah. Ayu pergilah dengan Kak Su. Saya tak ada selera pulak." balasku sambil tersenyum.

"Betul ni tak nak ikut? Nanti kamu lapar, susah pulak." tanya Kak Su inginkan kepastian.

Aku hanya mengangguk. Mereka pun terus berlalu tanpa banyak soal.

Sebenarnya aku ingin mengelak daripada berjumpa dengan seseorang yang menelefonku pagi tadi. Sekiranya aku ikut Ayu dan Kak Su makan, aku pasti akan berjumpa dengan orang itu walaupun aku tak tahu siapakah orang itu.Ini kerana tempat biasa yang dikatakan oleh Ayu itu adalah Restoran D'Selera tempat di mana seseorang itu ingin berjumpa denganku. 

Aku mengambil keputusan untuk tidak pergi ke sana, walaupun hati mendesak untuk tahu siapakah orang di hujung talian pagi tadi. Aku membuat keputusan untuk mematikan telefon bimbitku seharian. Cuba mengelak daripada menjawab panggilan daripada orang yang menelefon pagi tadi sekiranya dia menelefonku lagi.

*****

Keesokannya,aku menjalani hariku seperti kebiasaannya. Bangun seawal 6 pagi untuk bersiap-siap ke tempat kerja.

Pagi itu, aku dipanggil bosku yang juga merupakan seniorku di Universiti dulu. Aku mengetuk pintu dan masuk setelah diarahkan. Aku terus duduk di kerusi berhadapan dengan mejanya.

"Semalam kenapa tak datang masa lunch time tu ? tanya bosku atau dikenali sebagai Abang Anas semasa aku di Universiti dahulu.

Pertanyaannya membuatkan aku terkejut dan terkelu seketika. Adakah yang menelefonku semalam Abang Anas? Kalau betul dia, kenapa perlu guna nombor lain ? Kenapa tak beritahu secara direct ? Dan yang paling pelik, kenapa lepas lebih sebulan kerja, baru nak kata tak sangka jumpa aku balik ? Bermacam-macam persoalan bermain dalam kotak fikiranku. Aku buntu. Tertanya-tanya.

*****

Tengah hari itu, Abang Anas mengajakku makan bersama sebagai denda kerana tidak datang ke Restoran D'Selera semalam. Hari ini dia membawaku ke tempat makan yang agak jauh dari tempat kami bekerja. Aku   hanya mampu mengikut sahaja ke mana dia ingin membawaku pergi kerana dia yang memandu kereta, bukan aku. Kalaulah aku yang memandu, dah lama aku parking di tepi jalan dekat dengan gerai mamak berhampiran.

"Ok, kita dah sampai dah. Dahlia masuk dulu, Abang Anas nak cari parking kejap. Kat sini susah sikit nak dapat parking." katanya sambil mengarahkanku untuk masuk ke dalam restoran itu dahulu.

Aku hanya menurut. Aku memilih untuk duduk berhampiran dengan tingkap kerana aku suka melihat permandangan di luar restoran itu. Hiasan dalaman restoran itu sangat cantik. Aku pasti hanya orang poket berkepok sahaja yang mampu makan di tempat mewah seperti ini.

Sedang aku  melihat pemandangan di luar tingkap di situ, kedengaran kerusi di hadapan mejaku ditarik.
Aku pun menoleh ke arah bunyi itu kerana aku sangkakan Abang Anas sudah selesai meletakkan keretanya. Alangkah terkejutnya aku apabila ku toleh, orang itu yang ada dihadapanku. Dia. Memang dia. 

Selamba sahaja dia memanggil waiter yang berdekatan untuk mengambil pesanan kami selepas dia duduk di kerusi itu. Tidak menghiraukan aku yang agak terkejut di hadapannya. Bukan agak, tetapi memang sangat terkejut.

"Dahlia nak makan apa?" dia bertanya.

"Ahhhhhh...hmmmm, fresh orange, hmm, bagi saya chicken chop." aku yang masih terkejut segera mencapai menu yang ada dihadapanku dan memesan makanan.

Bersahaja lagaknya di hadapanku. Pada waktu ini, aku dapat mengagak, mungkin ini plan mereka. Ya, tak salah lagi. Memang plan mereka. Aku tersenyum sendirian.

*****